Cara isi UPU online, kemaskini dan rayuan
(Source) |
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah pada telah berusaha sebaik mungkin. Menamatkan sesuatu yang kita mulakan dengan baik juga adalah sebuah kejayaan. Alhamdulillah. Syukur! Jadi sekarang ini kita mahu melangkah lagi ke peringkat seterusnya dengan begitu bersemangat. Di bawah ini ada banyak tips dan cara isi UPU dan pautan (link) berkaitan yang telah dikongsi ramai orang baik hati di luar sana. Moga bermanfaat, insya-Allah!
Untuk lepasan SPM, keputusan UPU akan diumumkan pada bulan 5. Dan dijangka akan mendaftar masuk universiti awam pada bulan 6 atau 7. Pelajar yang dapat Rayuan masuk lewat beberapa minggu selepas itu. Lepasan STPM/STAM/Asasi/ Matrikulasi/Diploma, (dijangka) akan masuk Degree bulan 9, ya.
*Antara tweet rujukan: Schoollah Malaysia (@schoollah)
CARA MOHON & DAPATKAN PIN UPU
Macam mana nak mohon UPU? Pertama sekali, kita kena pergi beli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN). Harga hanya RM15.60 sahaja. kita kena tunjuk IC masa nak beli dekat kaunter. Beritahu yang kita lepasan apa dan cakaplah nak beli nombor pin UPU.
- Ingat! Untuk UPU ini, Lepasan Diploma diletakkan satu kategori dengan lepasan STPM masa beli nombor PIN.
- Pastikan lepas dapat slip, semak dan pastikan details dinyatakan dengan tepat.
- Simpan nombor pin itu baik-baik. Untuk masa depan.
- Kalau kita ada akaun bank BSN, boleh beli di ATM sahaja tanpa perlu beratur ambil nombor tunggu giliran dalam bank.
CARA MOHON UPU ONLINE
(Untuk LEPASAN SPM)
Baiklah, sekarang dah boleh buka laman web:
http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk mula isi. Daftar dulu. Isikan maklumat lengkap. Isikan dengan betul. Pilih bidang ikut keutamaan, dah habis, mesti tekan sah dan hantar. Jika tidak sahkan, mereka anggap kita belum hantar. Cetak (print) dan kemudian simpan salinan baik-baik. Perubahan dan semakan boleh dibuat semula selagi belum tarikh tamat mohon. Jadi jangan risau jika tiba-tiba tukar fikiran. Namun eloklah fikir baik-baik sebelum isi UPU.
Oh ya, untuk lepasan SPM, kita tak perlu MUET untuk mohon UPU.
Oh ya, untuk lepasan SPM, kita tak perlu MUET untuk mohon UPU.
Nak tahu kita layak bidang apa ikut keputusan kita? Cuba lihat tips dia di sini: Jieq (@amrhzqqq)
(Untuk LEPASAN STPM / DIPLOMA / ASASI / MATRIK)
*Antara tweet rujukan: Erry (@errysyaffri)
Cara² nak mohon UPU 2018 (Intake Sept 2018)— E R R Y (@errysyaffri) February 20, 2018
Ini hanya laa utk students STPM & lepasan Diploma SAHAJA.
Jom check out bebenang nii.
p/s: erry share dkt insta story, tapi sbb malas nak taip, korg tgk gmbr je laa ye? Hehe. Jgn marah naaa..
Untuk lepasan STPM / Diploma yang membezakan dengan SPM adalah kena hantar dokumen sokongan. Semua dokumen ini perlukan pengesahan / cop ya awak semua:
- Salinan Sijil SPM (bukan slip keputusan). Sijil. Yang sekolah bagi itu. (Walaupun dah berdiploma / ambil STPM, UPU masih mahukan angka giliran dan keputusan SPM kita tau).
- Salinan sijil MUET. Jika belum ambil, isi "belum ambil." (MUET hanya perlu diambil oleh lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Asasi untuk kemasukan Degree di IPTA. Itu syarat utama di semua IPTA. Jika sedang ambil, boleh isi "belum ambil". Jika sudah selesai, boleh pilih "belum dapat keputusan". Jangan risau, MPM akan update automatik bila dapat keputusan.)
- Salinan transkrip penuh / transkrip semester. (Untuk yang nak mohon transcript secara online, dia nak salinan IC yang telah disahkan. Nanti upload dalam website itu, ok? Bayaran pun boleh dibuat secara online banking. Dia boleh hantar terus ke alamat rumah kita. Jika perlukan pertanyaan lanjut, boleh hubungi tempat kita belajar / pihak UPU.)
- Salinan Diploma / Pengesahan tamat. Jika belum dapat, guna pengesahan tamat. (Untuk surat tamat belajar, hubungi sekolah tinggi masing-masing, tanya tentang surat pengesahan tamat belajar itu).
- Untuk yang ambil Julai Paper, dia ada minta salinan keputusan untuk beberapa subjek tertentu.
- Untuk lepasan Diploma, perlu ada salinan akreditasi MQA [cari di laman web itu bahagian institusi, untuk tempat kita pernah belajar: http://www2.mqa.gov.my)] Jika tiada cawangan kita belajar, mungkin ikut pusat utama pengajian kita. Dah dapat? Simpan dan print.
(Dah dapat semua dokumen sokongan yang disuruh siapkan itu, dapatkan cop atau pengesahan orang kuat taman perumahan / Ketua kampung / Orang penting yang berkelayakan, kemudian Scan semua itu kemudian save as PDF dan paling penting jangan lupa upload di laman web UPU itu).
*Siapa yang layak bagi pengesahan dekat sijil dan dokumen sokongan itu? Ini senarainya: senarai-pegawai-layak-pengesahan-dokumen-kakitangan-kerajaan-kumpulan-a_
Apa yang penting jangan tertinggal dokumen sokongan yang dinyatakan dan semak semula details yang dah diisi dalam borang. Untuk yang terlibat dengan jurusan yang ada temuduga, kena keep updatedlah dengan laman web UPU dan universiti berkenaan.
* Untuk yang nak masuk UITM, elok ikut program selangkah ke UITM.
TIPS PILIH COURSE / PENGAJIAN UPU
- Kos perjalanan (Takkan tak nak balik langsung sepanjang pengajian?)
- Kos sara hidup (Kos Sara Hidup (teori syok sendiri saya adalah makin banyak mall, makin tinggilah kos sara hidup.) Kos makan, tambang bas/minyak dan sewa. Itu semua kena fikirkan. Yang boleh bawa motor sendiri itu bersyukurlah.
- Kosedar diri (dengan kemampuan diri sendiri, bukan sekadar minat semata atau seseorang ajak apply kos sama kita pun join, jangan!). - Ramai pelajar saya masih tak tahu nak ambil bidang apa (kalau kursus jangan ceritalah). Punca yang saya sendiri amati adalah mereka tidak mengenali POTENSI diri dan KEMAMPUAN diri. Hanya minat. Minat. Minat. Ada cikgu terdekat kita boleh bantu ini selalunya, yang tahu potensi dan kelebihan kita, impian kita, bolehlah bertanya mereka.
TIPS MENGISI BORANG UPU
Kita boleh pilih pilihan universiti dan jurusan dalam UPU nanti ikut bilangan diminta. Tapi ingat, bila keputusan keluar, satu pelajar hanya akan mendapat satu tawaran sahaja daripada UPU.
- Di dalam sistem UPU, akan ada 2 pilihan program pengajian:
i. UA (Universiti Awam) dan Politeknik Premier (8 pilihan)
UA ialah universiti awam. Contoh universiti awam ialah USM, UM, UiTM, UKM, UPM, UUM dan sebagainya
ii. Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti (5 pilihan)
Politeknik Premier pula - Politeknik yang menawarkan program Diploma & Degree
Politeknik Konvensional - Politeknik yang menawarkan program Sijil & Diploma shja
- Tetapi, kita boleh pilih untuk memohon (i) sahaja atau kedua-dua sekali (i &;ii)
- Untuk yang tak bercadang nak masuk Poli, tak perlu mohon dalam UPU itu. Just isi permohonan (i) sahaja, dan biarkan permohonan (ii) kosong tanpa perlu isi apa-apa.
- Pastikan kita menekan butang "Sah & Hantar". Nanti lepas tekan butang itu, akan keluar Slip Permohonan. Itu bermakna sistem dah terima permohonan kita.
- UPU akan bagi tawaran UPU untuk kita berdasarkan:
- 90% markah akademik
- 10% markah kokurikulum
Markah akademik itu UPU guna sistem merit. Jadi jangan la cakap "kawan saya 6A 2E tak dapat UPU, tapi kenapa kawan saya 3A 5B dapat UPU?"-- Fahami sistem merit.
- Untuk permohonan Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti (iaitu permohonan nombor ii, yang tadi admin explain) kita akan ditentukan berdasarkan:
- 75% markah akademik,
- 10% markah kokurikulum
- 15% Status sosio-ekonomi (gaji dan tanggungan isi rumah/mak ayah)
"Saya di sekolah merupakan aliran Sains, boleh ke dekat UPU nak mohon aliran Sastera/non-Sains?"
Boleh sahaja, tiada masalah. Asalkan keputusan akademik kita menepati syarat minimum dan khas program, boleh. UPU akan evaluate kita sama seperti pelajar non-Sains yang lain.
Diulang sekali lagi:
Untuk lepasan SPM, kita tak perlu MUET untuk mohon UPU. MUET hanya perlu diambil oleh lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Asasi untuk kemasukan Degree di IPTA. Itu syarat utama di semua IPTA. Jika sedang ambil, boleh isi "belum ambil". Jika sudah selesai, boleh pilih "belum dapat keputusan". Jangan risau, MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) akan update automatik bila dapat keputusan.
Diulang sekali lagi:
Untuk lepasan SPM, kita tak perlu MUET untuk mohon UPU. MUET hanya perlu diambil oleh lepasan Matrikulasi/STPM/Diploma/Asasi untuk kemasukan Degree di IPTA. Itu syarat utama di semua IPTA. Jika sedang ambil, boleh isi "belum ambil". Jika sudah selesai, boleh pilih "belum dapat keputusan". Jangan risau, MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) akan update automatik bila dapat keputusan.
PROSES SAH DAN HANTAR
- Kemaskini boleh dibuat tanpa had (unlimited) sampai tarikh tutup UPU ya. Pastikan lepas kemaskini, klik "Sah & Hantar".
- Ada kes di mana, pelajar ingat dah tekan "Sah Hantar". Tibanya hari keputusan UPU keluar, sistem tunjuk dia tak pernah mohon apa-apa permohonan. Bila pihak UPU minta tunjukkan Slip Permohonan, pelajar tersebut tak dapat tunjuk sebab tak pernah dapat.
- Pentingnya tekan "Sah & Hantar" sampai keluar Slip Permohonan. Slip itu tak print pun tak apa. Hanya perlu simpan file soft copy sahaja.
- Saat Slip Permohonan keluar, tekan simbol printer. Dan tukar printer choice sebagai "save as PDF". Dan save di desktop. Jika ada teknikal isu atau saat keputusan UPU keluar dan ada masalah, kita ada bahan bukti untuk tunjukkan.
- Kita mesti tak nak tak dapat masuk IPTA sebab kesilapan yang kita boleh elak, kan? Pastikan tekan butang "Sah & Hantar" setiap kali kemaskini. Setiap. Kali. Kemaskini.
- Ingat! Jangan cuba-cuba minta bidang yang tidak menepati syarat kelayakan kita.
SEMAK TAWARAN / JAWAPAN UPU
"Macam mana nak semak tawaran UPU? Dia hantar surat dekat rumah atau hantar e-mail ke?"
Tidak. Kita perlu MENYEMAK SENDIRI di laman sesawang UPU. Kelak di website UPU, akan dinyatakan link-link yang boleh kita semak permohonan. Semua perlu dibuat sendiri ya. No email/SMS.
TENTANG COURSE YANG ADA TEMUDUGA
Dalam UPU, akan ada jurusan (course) yang memerlukan kita menghadiri temuduga sebelum IPTA teruskan permohonan kita. Kita akan dipanggil untuk sesi interview jika menepati syarat minimum & syarat khas program. Tapi ingat, ini bukan bermakna kita akan dapat tawaran jurusan tersebut! Untuk jurusan yang mempunyai interview (bertkita #), proses pemilihan akan dibuat berdasarkan syarat khas program dan keputusan interview kita. Ada juga student yang lepas syarat khas dan dipanggil interview, tapi tak lulus pun. Jadi UPU akan proceed dengan pilihan kita yang lain.
"Saya dapat interview UPU sebab hari itu ada mohon jurusan bertanda #, tapi tak dapat pergi sebab ada masalah sikit. UPU saya terbatal semuakah?
Tidak. Kalau kita tak pergi interview tersebut, secara default, sistem UPU akan proceed evaluate permohonan pilihan kita yang lain dlm UPU
MOHON RAYUAN UPU
Let say keputusan UPU keluar, dan kita tak dapat UA/Politeknik Premier, UPU akan bagi kita buat Rayuan. untuk sesiapa yang isi permohonan (i) dan (ii). Let say nanti UPU evaluate permohonan (i) kita, dan tak ada satu pun pilihan kita menepati syarat khas program, UPU akan proceed untuk evaluate permohonan (ii) kita.
Dan jika permohonan (ii) kita lulus, kita akan dapat tawaran!
"Tapi saya tak nak masuk Politeknik Konvensional, boleh tak nak mohon Rayuan"
Tak boleh. Rayuan hanya untuk sesiapa yang TAK MENERIMA APA-APA TAWARAN daripada sistem UPU. Sebab itu saya cakap, kalau tak berminat masuk Politeknik jangan isi permohonan (ii) ya. Tak wajib isi pun.
Ingin kami tekankan sekali lagi, dan lagi. Jika satu requirement kita tak dapat menepati, jangan sesekali mohon jurusan/universiti tersebut. Memang confirm kita tak akan dapat. Hal ini kerana, sistem UPU merupakan sistem berkomputer. Tiada budi bicara seperti manusia ya.
Tarikh penting untuk rayuan UPU - tarikh-penting-permohonan-keputusan-rayuan-upu-2018-2019
JIKA TAK SEMPAT BELI NOMBOR PIN
"Saya tak sempat beli nombor pin & tak sempat mohon UPU. Macam mana nak mohon rayuan?"
Kita kena tunggu tahun 2019 pula untuk mohon UPU sekali lagi. FYI, Rayuan hanya boleh dipohon oleh pelajar yang mohon UPU sebelum tarikh tutup & yang tak dapat mana-mana tawaran sahaja.
Gambar: @twt_upu |
UPU 2018: Pembelian nombor pin BSN untuk kemasukan ke IPTA bagi tahun 2018 boleh dibeli bermula 5 Februari sehingga 9 April 2018 sahaja. Selepas 9 April, kita dah tak boleh beli nombor pin BSN dah. Beli cepat-cepat!
SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN UPU:
*****
PAUTAN YANG MUNGKIN PENTING:
SENARAI BIASISWA: https://afterschool.my/scholarship
Tentang Program JPA, MARA & JPA-MARA - http://schoollah.com
Tentang Program JPA, MARA & JPA-MARA - http://schoollah.com
Apa beza Matrik dan Asasi? - @schoollah
Keputusan Permohonan UPU anda tidak akan diganggu kerana kedua dua sistem ini adalah sistem yang berbeza jadi jangan takut untuk menekan butang sahkan tawaran setelah result matriks keluar nanti!— Schoollah Malaysia (@schoollah) January 15, 2018
LAGI BERKAITAN UPU:
- Mini tranksrip vs Transkrip penuh (UITM) - @tyraafaizal_
- Cara Mohon Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian UiTM
- Cara mohon UPU online:
P/S: Oh ya jika mahu E-book panduan UPU 2018/ 2019 boleh muat turun secara percuma di: https://afterschool.my/upu
SEKIAN, MOGA BERJAYA DAN DIPERMUDAHKAN BUAT SEMUANYA! TERUSKAN BELAJAR DENGAN GAGAH. ALL THE BEST! :)
0 Response to "Cara isi UPU online, kemaskini dan rayuan"
Posting Komentar