Nota (Tentang takdir, hamba Tuhan, istighfar dan ingat mati)


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Mac 2018. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.

****

Bismillah Ad-Duha. Ustazah Isfadiah.
  • Beza takdir dan nasib. Takdir ini ada perancangannya. Nasib ini sebahagian tersebut. Bahagian kita. Usaha kita.
  • Takdir contoh bila mati. Kita tak tau. Nasib itu bahagian kita. Cara mati.
  • Semua dalam tangan Allah.
  • Keazaman ini berkait rapat dengan nafsu. Nafsu ini keperluan dan kehendak. Namun perlu selaras dengan kehendak Allah. Jangan melampaui batas. Selaras dengan kehendak Allah. Kerana aku hamba Allah.
  • Nak rasa reda perlu faham apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik. Dengan cara Allah. Ikut plan Dia dengan kesungguhan. Percayalah Allah tak menganiaya kita. Kita yang menzalimi diri kita. Kasih sayang Allah berganda-ganda lebih daripada kasih sayang ibu.
  • Perkara paling asas untuk reda adalah jangan mengintai-intai nikmat orang lain. Perlu bersyukur dan terus berusaha. Di akhir nanti, Allah tak tanya apa kita dapat. Tapi apa kita telah usahakan.
Ustaz IM
  • Jalan ke syurga dan jalan ke neraka, Allah dah tetapkan. Yang penting niat kita dan unsur perniagaan kita.
  • Berniaga ada kaitan dengan azab yang pedih. Jadi kena jaga. Salutkan perniagaan kita dengan keimanan.
Alkuliyyah: Mari menjadi hamba (Ustaz Zarifi)

Rujuk kisah pasal sahabat Nabi: Hatim.

Ciri hamba:
- Benar-benar menjaga solat
- Pastikan solat benar dan tepat.
- Berusaha khusyukkan solat.
- Menjaga sedekah (kisah rujuk kisah Ibnu Omar)
  • Jadi umpama orang asing. Bercuti di dunia.
  • Jangan perasan sangat dunia ini tempat kita.
  • Katakan "Bantulah aku dalam menyebut sebut nama-Mu."
****

"Jangan sesekali anggap dugaan itu satu hukuman. Setiap satunya ada hikmah yang tersendiri.

Insya-Allah, ada cahaya terang menanti di penghujung terowong yang gelap. Di sebalik setiap gelap suram hidup kita, pasti ada terang sinar yang menanti agar kita terus ingat kepada-Nya." - Aizat Amdan


Tanyalah Ustaz: Momentum istighfar (Ustaz Elyas dan Dai Anas)
  • Jika marah, tahan dulu. Istighfar. Mungkin minit seterusnya akan okay.
  • "Tanda istighfar diterima apabila kita ringan memaafkan orang." - Ustaz Elyas.
  • Doakan arwah ibu bapa meninggal, doa allahumaghfiri tu. Doakan. Minta ampunkan dosa.
  • Banyak ingat kepada Allah.
  • Rasa nak buat baik itu tanda Allah mencampak rasa sayangnya dalam hati kita.
  • Waktu sahur waktu paling sesuai istighfar. Waktu bermanja-manja dengan Allah.
Ceramah spritual Ustaz Hanan Ataki.

"Waktu emosi kita sedang lemah atau diganggu, spritual kita langsung (lagi) kuat. Waktu itulah mohon (banyakkan) berdoa. Minta. Sebaik-baik mungkin. Terus-menerus. Tidak ada sia-sianya berdoa. Jika tidak dapat di dunia, akan dapat di akhirat."
  • "Rumah yang tiada teriakan dan keluhan, hanyalah di syurga."
  • "Selalu hadir majlis para ulama'. Hadir bukan sebab kita benar, lain salah. Atau kita syurga, lain neraka. Tidak. Namun untuk ngecas iman kita."
  • Allah yang menggerakkan lisan seseorang. Jangan mencari nasihat untuk orang lain. Carilah nasihat untuk diri sendiri.
  • Jika dicari salah, nanti saling menuntut dan menyalahkan. Patutnya saling memperbaiki diri.
TMJ Oasis
  • Al-Quran jadikan panduan kita. Setiap apa yang kita buat pasti akan dinilai di hari kiamat.
  • Tak pasti sebut wallahua'lam. Bukan main cakap.
  • Nabi pun jika orang tu dia nak elak bertengkar. Dia cuba elak.
  • Jangan buka aib orang. Settle siap di dunia. Minta ampun di dunia.
Ehwal Islam: Seiring sejalan.

- Elakkanlah fitnah.

Motif Viral

"Semua layak menegur. Cuma perlu berhikmah. Syurga itu nilainya mahal. Jika kita ikut nafsu, memang sukar.'

Tanyalah Ustaz: Bagi, jangan tak bagi (Ustaz Kazim dan Dai' Hadhari).
  • Ilmu itu penting. Dengan ilmu dia tahu isteri perlu nafkah. Memujuk, kesihatan, pendidikan kepada isteri, itu antara nafkah batin.
  • Kita kena bantu. Bimbing jika menantu itu mualaf. Itu peranan wali. Suruh dia belajar dulu. Tolong-menolong.
  • Betul. Isteri terlalu berdikari boleh buat ada suami yang bersikap sambil lewa. Jangan ambil tanggungjawab suami. Tak cukup isteri topap. Biar ada benda yang laki buat.
  • Pendapatan isteri itu rezeki isteri. Itu hak isteri. Minta izin isteri dulu.
  • Utamakan tanggungjawab terhadap isteri dulu. Baru hobi.
Bismillah ad-Dhuha - Ustazah
  • Kaya jiwa.
  • Taubat. Bezakan cara kita dengan orang bukan islam tanda kita beriman. Sukakan kebaikan.
***
  • Jaga solat, Allah akan jaga kita. Jaga di awal waktu.
  • Beza antara solat dan jaga solat.
  • Solat wajib jaga.
  • Solat Hajat
  • Solat Dhuha.
  • Solat Tahajud
  • Apa apa mengadu dan minta Allah dulu.
- Ustaz Ebit Lew.

Tanyalah Ustaz: Kalau berkalau. (Ustaz Ghazali & Dai Niezal )
  • Islam tak galakkan berkalau, buka ruang pada syaitan untuk menjayakan strategi.
  • Tak perlu kalau, cakap sahaja niat nanti apa nak buat, dah jadi nazar.
  • Orang menjemput kena faham situasi orang yang dijemput. Cakap kalau lapang, datanglah misalnya. Orang yang dijemput pula cakap insya-Allah, tapi tak dapat datang, jika nak menjaga hati tiada apa hukum. Yang penting niat.
  • Jika banyakkan istighfar, elak berkalau. Tak boleh elak kadang. Terlintas sebab kita lemah, syaitan kacau. Banyakkan bersangka baik.
  • Apa-apa jadi, manusia perlu ada tempoh. Tempoh bertenang. Tenang dulu.
  • Kita selalu cakap 'ada rezeki nak buat', elok diam. Tak ada serabut. Ada rezeki, rancang, baru buat. Akan memudahkan orang. Tak perlu berkalau.
  • Manusia dijadikan memang tergesa-gesa.
  • Elakkan kalau yang berdalih.
  • Bab ibadah, elakkan berkalau. Sebab bab ibadah ni memang kena buat.
  • Takdir ini jadi tetap jadi. Tak ada kalau kalau. Jika dah jadi, istighfar. Bergembira dengan ketentuan Allah.
  • Syaitan nak ganggu gugat kita jika banyak berkalau.
  • Yang penting niat. Apa yang perlu qada' dan daqar Allah.
  • Tak perlu letak hukum pada perkara yang biasa buat. Jangan kamu minta benda yang akan menyusahkan.
  • Berkalau untuk perkara menyesal, benda baik, kita taubat. Istighfar. Cari jalan keluar. Perbaiki.
  • Ambil kebaikan untuk kisah "kalau baru, kalau banyak kalau semua" zaman Nabi. Waktu itu Nabi ada, mereka boleh rujuk. Nabi kata waktu itu disingkapkan pandangannya. Tunjuk kebaikan dia buat.
- Dia nampak orang sejuk, dia bagi baju lama dia (daripada baju baru cantik dia). Pahalanya sangat besar. Itu katanya kalau baru.
- Dia bagi separuh roti dekat orang lapar. Kalau dia tahu ganjarannya kalau dia tahu dia bagi banyak dan semua.
  • Benda baik kita tak nampak, tapi ganjarannya ada.
  • Nak elak sifat berkalau, kalau bab ibadah kita bersegera. Istiqamah.
  • Untuk perkara yang lepas kita jadikan iktibar. Itu semua ketentuan. Terima takdir Allah. Banyakkan istighfar. Kuatkan diri dengan takdir dan ketentuan.
Tanyalah Ustaz; Iqra - Perintah pertama.
  • Tiada orang yang terlalu busy dalam dunia ini. Melainkan dia tahu dia punya priority.
  • Nikmat datang bersama tanggungjawab.
  • Dengar lebih mudah ingat.
  • Ajar al-Quran ikut ilmu kita. Ikut apa kita tahu.
Ustaz Abdullah (Belanja makan)

Antara saksi kita di akhirat kelak:
- Allah
- Malaikat
- Diri kita (anggota badan kita)
- Sesama manusia
- Makhluk-makhluk lain

*Ini yang akan jadi saksi amalan dan perbuatan kita di dunia, nanti.
  • Beza amalan nazar dan tawasul. Nazar dia niat dulu baru buat amalan. Tawasul, buat dulu.
  • Insya-Allah, banyakkan sedekah boleh sihat. Sertakan dengan nazar sebaiknya.
  • Di akhirat, nanti sedekah itu akan pulang balik kepada kita di akhirat.
  • Husnul khotimah.
Sedekah boleh tanpa wang. Jangan putus asa walaupun tanpa wang. Buang duri di jalan. Bantu orang. Itu sedekah. Masakkan untuk keluarga, kemas rumah pun sedekah. Didik anak sebaik mungkin. Tak ada duit misalnya untuk sumbang ke surau boleh bantu jadi AJK.

Kesimpulan:
- Ada kesedaran. Nak buat
- Kena ada kefahaman. Bagaimana nak buat.
- Bila nak buat. Tak dapat banyak. Sikit pun boleh. Ke tabung masjid ke.

Alhijrah - Assalamualaikum - (Ashabul Yasin).
  • Ikutlah orang yang tak minta apa pun daripada kamu.
  • Habib annaja (nama lelaki dalam surah Yasin)
Tanyalah Ustaz: Hasutan Syaitan (Ustaz Farhan & Dai Fahmi)
  • Kenapa kita menunaikan haji di padang Arafah? Kerana di situlah tempat Allah menerima taubat Nabi Adam.
  • Diciptakan dulu jin. Qarin bukan kembar kita, ia jin. Waktu kita lahir sampai besar dia teman kita. Ajak buat jahat. Qarin ajak kita buat jahat. Semua ada syaitan dan qarinnya. Qarin Rasullullah telah diislamkan Rasul sendiri. Dekatkan diri dengan Allah. Supaya jin tu tak dapat dekat dengan kita.
  • Ilham kebaikan selalu diberi Allah. Khatir (hasutan) selalu masuk dalam diri kita. Jaga atau tak sedar. Lebih-lebih saat kita tidur. Syaitan boleh hasut dalam keadaan tak sedar. Hati-hati, jangan jadikan syaitan mendamping kita. Jika kita baik kena juga, anggaplah ia ujian. Allah nak beri pahala dengan kesabaran kita.
  • Berdamping dengan Allah akan jauh dengan syaitan. Bacalah doa doa agar dibentengkan. Baca ayat Qursi selalu.
  • Lepas ingatan simpulan syaitan masa tidur. Baca doa selepas bangun. Berwuduk dan solat. Perlu selalu berwuduk.
  • Baca doa untuk jauhkan diri daripada syaitan. Syaitan ada dalam darah kita jadi tak boleh hindar.
  • Kalau marah, berdiri duduk. Duduk, baring. Marah lagi, baca doa. Ambil wuduk jika rasa marah lagi. Cool down.
  • Sempurnakan wuduk, syaitan tadi akan jauhkan daripada kita.
  • Syaitan tak akan mendiami rumah yang dibaca al-Baqarah di dalamnya. Tak mampu baca penuh baca awal dan hujung. Yang terbaik baca penuh. Baca Yaasin. Mudah-mudahan kita buat benteng.
  • Azan / kiamat untuk bayi agar dijauhkan daripada syaitan yang menyakat (ada namanya). Ada syaitan yang acah, menyakat bayi. Selain buat yang perlu, dodoikan dengan zikir. Jika anak degil, waktu anak sedang tidur, usap di ubun-ubun dengan azan yang lemah-lembut.
  • Baca auzubillah (taawuz). Untuk dijauhkan daripada syaitan. Baca doa dijauhi syaitan. Baca ayat Qursi. Ambil wuduk.
  • Jika nak solat, baca surah an-Nas untuk elak syaitan / jin kacau.
  • Syaitan tak pernah putus asa bawa kita ke neraka. Kenapa kita nak putus asa untuk menggapai syurga Allah? Api neraka panas 70x berbanding panas api di dunia.
Bismillah ad-Dhuha (Ustaz Hanafiah)
  • Pintu kejahatan terbuka apabila kita dah mula rasa diri kita betul.
  • Kita tak terima teguran sebab masalah ego.
3 cara tegur:
Tangan
Mulut
Dalam hati
  • Benci perbuatan bukan orang.
  • Teguran bukan hinaan. 
  • Dosa orang meviralkan tak tertanggung. Dia menggalakkan orang tengok dosa.
  • Orang tak bijak bila matinya dosa dia mengalir di akhirat kelak.
  • Bukan semua kutukan itu tak baik pada kita. Bukan semua hinaan itu tak benar pada kita.
  • Cara menerima itu bagaimana.
  • Tak semua kata-kata indah itu benar.
  • Orang puji. Istighfar. Syukur. Pulangkan balik kepada Allah.
  • Hati-hati.
4 personaliti manusia:
Popular
Perfect
Powerful
Peaceful

Bila tegur renung balik diri.

Tanyalah Ustaz: Dai Farhan (Mati itu pasti).
  • Solatlah di belakang imam sebelum kita solat di depan imam.
  • Biar orang menangisi pemergian kita. Itu menunjukkan kita dikasihi.
  • Sebut inalillah dulu jika dengar kematian. Sebab mati itu musibah. Pada yang bukan islam harus untuk sebut.
Tanyalah Ustaz: Istidraj (Ustaz Firdaus Subhi & Dai Annas)
  • Rapat dengan orang yang juga menasihat. Bukan yang asyik mengiyakan dan asyik melakukan maksiat.
  • Doalah kebaikan di dunia dan akhirat.
  • Semua pemberian yang baik daripada Allah itu rezeki.
  • Ujian kesenangan lebih sukar berbanding ujian kepayahan. Kerana kita lebih mudah mencari Tuhan ketika susah berbanding ketika senang.
  • Kekurangan bukan kelemahan.
  • Mohon ampun lebih 100 kali.
Tanyalah Ustaz: Dosa Pahala Peniaga (Ustaz Firdaus Subhi & Dai Annas)
  • Jika harga dia naik sebab barang itu melibatkan masa dan harga semasa, boleh. Namun jika tak jelas. Naik saja tiap kali lewat bayar, itu boleh jadi riba.
Jika pelanggan tak bayar
- Bincang dan minta baik-baik jika tak ada bukti dokumen
- Tunggu & Doakan
- Maaf dan halalkan mungkin itu jalan dia bertaubat. Kita tak kan tahu.
  • Niat kena betul.
  • Nasihat jika perlu.
  • Jadilah amanah. Sebab nanti akan ditanya harta mana sumbernya di akhirat kelak.
  • Usahakan untuk dapat harta yang halal.
*Amalkan zikir ini: http://istiupdate.blogspot.com

'Laailaaha illallah wahdahu la syariika lahu, lahulmulku walahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in Qodir'

Dr. Muhaya

- Jika tipu saya lemah.
- Cara orang pandang kita pengaruhi kita.
- Namun kalau kita kuat ingat Allah.
- Senyum sahaja.

TMJ Oasis: Dunia bukan penjara (Ustaz Haryanto & Ustaz Ebit Lew)

  • Jangan label orang.
  • Orang baik kena sayang orang jahat
  • Tuhan pun ampunkan kita; ingat ayat ini ja jika rasa susah nak maafkan orang. Asalkan usaha
  • Rasulullah SAW dia salahkan diri dia apabila orang buat salah ke dia. Begitulah Rasul.
Ebit Lew:
Nabi jika orang salam. Dia biar orang tarik tangan dulu.

Alkulliyyah: Ustaz Ebit Lew  (Izinkan aku mengenal Tuhan).

  • Belajar tidur awal katanya.
  • Sahabat lama dulu tak tinggal tahajud.
  • Doa nangis.
  • Tak dapat nangis. Buat-buat nangis.
  • Bila hati mengenal Tuhan
  • Hati dia akan tenang. Seronok.
  • Doa nak solat tahajud.
  • Minum air banyak-banyak
  • Dengar ceramah menginsafkan
  • Jaga solat.
  • Penjarakan diri kita dengan kebaikan.
  • Iman ini macam cuaca.
  • Orang beriman ini macam musim, sekali datang dia boleh ubah keadaan.
  • Kalau kita risau iman kita belum betul, itu tanda kita dekat dengan Allah.
  • Sepatutnya makin kita solat, kita makin rasa kehambaan kepada Allah.
  • Jika kita risau orang lain tak solat, itu anugerah daripada Allah. Namun biar rasa risau tukar pada sayang. Bukan pada kebencian.
  • Doakan agar dia jadi lebih baik. Dan kebaikan dia dapat ke kita sikit.
  • Ingat Allah hati jadi tenteram.
  • Kita lupa Allah pun. Allah ingat kita.
Tanyalah Ustaz: Perihal mimpi. 

  • Mimpi roh hidup / orang dah tak ada. Ya. Roh tu datang dalam mimpi kita.
  • Suka atau sedih kena sederhana. Jangan melampau. Bila melampau tu benda lain akan kacau kita.
Tanyalah Ustaz: Siapa kita -  Ustaz Mat Esa Deraman & Dai Luqman

  • Kita tak boleh sombong. Kita perlu nasihat dan menasihati.
  • Daripada rasa orang sombong, doakan mereka.
  • Zaman sekarang like mungkin cara kita tegur. Urupnya. Elak sombong.
Hikmah kejayaan:
Nikmat
Ujian
Jadi contoh

  • Biar kejayaan tak buat kita bodoh sombong dan mendukacitakan orang lain.
  • Tempat memohon kebaikan kita adalah Allah Taala.
  • Doa lepas solat kecintaan untuk buat kebaikan. :Berikan keampunan dan rahmat. Jangan matikanku dalam keadaan murka. Aku mohon padamu cinta dan cinta daripada orang mencintaimu."
"Biarlah Allah menghakimi." - Dai Luqman.

IKIM FM - Ustaz Firdaus Subhi (Hakikat kehidupan).

Nikmat sihat
Nikmat harta dan keluarga
Nikmat makanan

  • Orang beriman merasakan nikmat-nikmat itu dah serupa memiliki dunia. Ada nikmat mereka syukur. Ada ujian mereka bersabar. Sabar itu nikmat paling besar.
  • Manusia tak begitu terkesan dengan kata-kata indah, namun lebih terkesan dengan penampilan dan perbuatan.
  • Allah uji, Allah nak kita dekat dengan dia.
  • Menjadikan mulut biasa mengingati Allah. Hati akan terbiasa jika dibiasakan dengan zikir. Jika hati dah terbiasa, kita akan terdidik dengan kebaikan hati.
  • Orang beriman bukan sekadar yakin namun mereka juga akan amalkan amalan soleh. Ambil ruang dan waktu untuk buat amal kebaikan.
3 tinggalan anak Adam:

  • Ilmu bermanfaat
  • Sedekah jariah
  • Anak yang soleh sentiasa mendoakan.
--

  • Usahakan 3 perkara ini. Hidup ini perlukan bantuan orang lain untuk dapat reda dan rahmat Allah.
  • Reda pada apa yang diberi pada kita dan perbanyakkan doa. Syukur.
  • Rencah pelbagai akan kita hadapi. Jika kita seronok hari ini. Ia tak selamanya. Itu memang rencah dunia.
  • Bersedia bertemu Allah.
  • Sebelum pejam mata banyakkan kebaikan. "Gaji2" kita di dunia.
Alhidayah - Oki Setiana Dewi

"Jika bagi orang lain zaman remaja adalah sebuah zaman yang indah, bagi saya zaman remaja adalah sebuah perjuangan."
"Jika kita membantu orang lain, kita juga sedang membantu diri kita sendiri."
"Rencana Allah indah pada waktunya. "

*****

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.


0 Response to "Nota (Tentang takdir, hamba Tuhan, istighfar dan ingat mati)"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel