Biodata Abdullah Fahmi Che Nor & Suhailah Zulkifly (Qari & Qariah Malaysia)
Gambar - https://www.bharian.com.my |
Qari dan qariah Malaysia, diumumkan sebagai johan kategori tilawah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60, Mei lalu. Abdullah Fahmi Che Nor memperoleh 92.09 markah, manakala Suhailah Zulkifly mendapat 92.05 markah. Kemenangan itu membolehkan mereka membawa menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.
Qari dari Iran, Mokhtar Dehghan Estajroudi mendapat tempat kedua, manakala tempat ketiga, Salah Eddine Haissam (Algeria). Qariah dari Indonesia, Khamisatudduha Abdul Wahab menduduki tempat kedua, manakala tempat ketiga, Widadul Wahidah Mahamod (Singapura). Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang bagi kategori tilawah dan hafazan.
Berita: https://www.bharian.com.my
Biodata Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri
Tarikh lahir: 17 Mac 1984
Tempat lahir: Kampung Cherang Hangus, Machang, Kelantan
Pendidikan: Diploma Tahfiz al-Quran Walqiraat, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
"Jika sehari tidak baca al-Quran, jiwa jadi gelisah dan rasa serba tidak kena. Apabila dapat baca al-Quran, baru rasa senang. Itulah keistimewaan serta kelebihan yang saya rasa berkat berdampingan dengan al-Quran," katanya.
Merupakan juara pertama rancangan realiti TV, Akademi al-Quran. Rujukan: http://soaljawab-gg.blogspot.com. Beliau sememangnya seorang yang tenang dan tidak pernah berputus asa, malah beliau juga mempunyai beberapa album tarannum, zikir dan selawat di pasaran.
Biodata Suhailah Zulkifly
Berasal dari Melaka. Pernah menjadi finalis Akademi al-Quran musim kelima (2011) - Kini merupakan seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka.
Apa yang menarik, Suhailah tetap merendah diri dan bersederhana sahaja orangnya, memetik cerita di: https://www.hmetro.com.my:
Pada waktu Suhailah tidak mengajar di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Kuala Sungai Baru, di sini, gadis berusia 28 tahun itu tidak mahu ketinggalan membantu ibunya di dapur seterusnya bersama bapa, Zulkifly Johar, 59, melayan pelanggan di gerai bazar Ramadan, terletak di Kampung Londang, Masjid Tanah.
"Pada hari Isnin hingga Jumaat saya mengajar kertas usuluddin dan sumber manusia di KUIM. Cuma pada Sabtu dan Ahad jika saya tiada kelas taranum, saya membantu ibu di dapur dan menjual juadah berbuka.
"Apa ada pada nama jika kita sebagai anak tidak boleh berbakti kepada orang tua kita," katanya ketika ditemui di gerainya, hari ini.
Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan al-Quran, Sunnah dan Sosiologi itu berjaya menamatkan pengajian tahfiz 30 juzuk al-Quran di sebuah maahad tahfiz di Kuala Kubu Baru, Selangor sebelum itu.
Suhailah muncul johan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 pada 11 Mei lalu selepas memperoleh 92.05 markah, manakala Abdullah Fahmi Che Nor muncul johan qari. Masing-masing membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000. Sebelum meraih kejayaan itu, Suhailah terlebih dulu mengecapi kemanisan muncul johan tilawah peringkat negeri Melaka pada tahun 2011, 2012, 2015, 2017 dan 2018.
Facebook Suhailah Zulkifly: https://www.facebook.com/saljusakinah
Semoga kita semua mendapat sedikit semangat untuk terus membudayakan al-Quran dan menjadi manusia yang lebih bermanfaat. Insya-Allah.
0 Response to "Biodata Abdullah Fahmi Che Nor & Suhailah Zulkifly (Qari & Qariah Malaysia)"
Posting Komentar