Gejala PMS, Senggugut | Ibadah ketika haid


Menjadi fitrah bagi setiap wanita didatangi keuzuran / haid setiap bulan. Ia adalah hadas yang menyebabkan kewajipan mendirikan solat atau puasa digugurkan daripada wanita. Menurut istilah, haid ialah darah yang keluar daripada kemaluan wanita secara semula jadi pada waktu tertentu. Oleh itu, ia adalah darah normal dan bukannya darah penyakit atau disebabkan luka, keguguran atau kelahiran (melainkan lebih 15 hari).  Kitaran haid boleh berubah aturannya berdasarkan banyak faktor dan berbeza pula untuk setiap wanita.
“Sesungguhnya haid adalah perkara yang Allah tetapkan ke atas wanita keturunan Adam.” - Riwayat Bukhari & Muslim
Beza PMS dengan senggugut 

Sengugut / Dismenorea ini adalah merujuk kepada rasa sakit yang dialami semasa period. Premenstrual Syndrome atau lebih dikenali ramai wanita sebagai PMS pula terjadi sebelum period.

Apa itu PMS?
PMS adalah sindrom sebelum datang bulan. Melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang sebelum datangnya haid. Biasanya PMS akan berlaku sekitar tujuh hingga 14 hari sebelum kedatangan haid dan akan hilang apabila haid bermula. Penyebab sindrom ini adalah ketidakstabilan hormon estrogen dalam badan.

Boleh juga baca:

Apa itu senggugut?
**Senggugut (period pain) atau 'dysmenorrhoea' pula bermaksud pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan rungutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja, sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Haid normal yang sakit ketika pengalirannya dipanggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa hari bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometriosis. - (**Rujuk: onesweetdayryana.blogspot)

Boleh juga baca:

Hikmah haid / datang bulan:
- Membantu pertumbuhan anak di dalam kandungan.
- Membentuk wanita lebih rajin dan pembersih
- Untuk berehat 
- Tanda akil baligh
- Jangka masa untuk tempoh iddah
- *Allah Ta’ala telah menjadikan pada diri kaum wanita proses pengeluaran darah yang berguna sebagai zat makanan bagi janin dalam kandungan ibu tanpa perlu dimakan dan dicerna, yang sampai kepada tubuh janin melalui tali pusat, di mana darah tersebut masuk melalui urat dan menjadi zat makanannya. Maha Mulia Allah, Dialah sebaik-baik Pencipta. (*Rujuk: almanhaj.or.id)
Firman Allah ta'ala, "Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, 'Haid itu adalah kotoran.' Oleh kerana itu, hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita di waktu haid ('bersama; suami isteri'); dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri." (al-Baqarah: 222)
Walaupun ia adalah kotor, namun Islam tidaklah menyuruh supaya menyisihkan isteri ketika haid sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Nabi SAW sendiri pernah makan dan tidur bersama dengan isterinya ketika isterinya dalam haid. Ini menzahirkan bagaimana Islam memuliakan wanita walaupun dalam keadaan haid.

Gejala-gejala PMS
  • Kemurungan
  • Sakit kepala
  • Selera makan bertambah dan mengakibatkan berta badan bertambah
  • Payudara akan sensitif pada sentuhan kerana mengalami pembengkakan (pembesaran)
  • Rasa tidak selesa pada perut
  • Kerap buang air kecil
  • Jerawat tumbuh sekitar muka, kepala dan badan
  • Lesu, tidak bermaya dan loya
  • Mudah marah
  • Hilang fokus akibat ketidakselesaan badan
Gejala-gejala PMS dan cara merawatnya dalam artikel ini dikongsikan oleh Ustazah Shadiya Abbas menerusi Gen-Q, bilangan 22.
Cara untuk merawat Senggugut / PMS
  • Bersenam 
Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya. Lakukan tiga kali seminggu dalam 20 minit bagi setiap sesi. Pilih senaman mudah namun bantu mengendurkan otot.
  • Banyakkan rehat 
Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid.
  • Relaks. 
Kerapkan mandi untuk merawat kelesuan badan. Sapukan minyak atau menuam pada perut bagi melegakan kesakitan. Boleh cuba juga Tai chi dan lain-lain.
  • Cukup tidur
PMS akan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang, bahu dan leher. Tentukan masa tidur yang betul untuk memberi kesegaran terbaik.
  • Pilih pakaian 
Gunakan pakaian jika boleh yang diperbuat daripada kapas bagi mengelakkan ketidakselesaan atau kesakitan tubuh yang sensitif.
  • Jaga pemakanan 
Banyakkan minum air suam. Jangan lupa kurangkan makanan yang pedas, bergaram, makanan ringan dan berais. Lebihkan pengambilan buah-buah dan syaur-sayuran kerana ia membekalkan vitamin yang diperlukan. Ambil susu kambing yang dicampukan dengan madu sebagai minuman tambahan.
  • Zikrullah
Perbanyakkan istighfar dan zikrullah kerana ia akan menenangkan jiwa dan mengawal perasaan yang gundah-gulana. Sentiasa ucapkan alhamdulillah sebagai tanda bersyukur kepada Allah yang menjadikan kita sebagai gadis normal.
    Dengan Ubat: 
    - Sekira gagal usaha-usaha di atas, sila dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat. Mungkin akan diberi ubat tahan sakit. Ubat ini untuk menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku. Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Juga boleh dengarkan nasihat dan pendapat doktor juga.

    *Senggugut seseorang boleh bertambah teruk jika ada diantaranya faktor lain termasuk anemia (kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stress, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah. 

    Ibadah ketika haid (uzur)

    Antara ibadah yang boleh dilakukan mereka yang datang bulan ini (haid):
    • Berdoa (dengan apa saja doa)
    • Membuat amal kebaikan banyak-banyak dengan orang sekeliling
    • Bersedekah (kata-kata atau duit)
    • Berselawat
    • Berzikir (bertahlil, tahmid, tasbih dan sebagainya)
    • Beristighfar (termasuk yang dalam Al-Quran)
    • Memberi makan atau masak (untuk orang berbuka puasa)
    • Berkumpul bersama-sama berkongsi cerita mengingatkan pada Allah
    • Banyakkan membaca buku agama dan kitab hadis
    • Menghadirkan diri ke majlis ilmu
    • Mendengar bacaan-bacan Al-Quran
    • Mengulang hafalan Al-Quran
    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
    إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
    “Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (daripada perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.” (Hadis riwayat Ahmad; shahih)
     Bacaan lain untuk bab ibadah ketika haid atau keuzuran ini:
    35 Amalan Sunat Ketika Kaum Hawa Haid Dan Nifas
    15 Amalan Wanita Boleh Lakukan Ketika Haid & Nifas, Mampu Hilangkan Rasa ‘Kosong’ Di Hati
    Beribadah ketika uzur (haid)
    Ayuh Para Wanita Kita Meraih Pahala Ketika Haid
    JANGAN DITANGISI HAID ITU

    Rujukan yang mungkin bermanfaat untuk anda:
    - Darah Wanita (Majalah Solusi)
    Ini 8 Manfaat dan Hikmah Mengapa Wanita Menstruasi Setiap Bulan
    - Haid Bukan Penutup Pintu Ibadah
    Di sebalik datang bulan...ada hikmah yang tersembunyi
    HIKMAH ALLAH MELARANG WANITA HAID BERSOLAT DAN BERPUASA
    - HIKMAH LARANGAN PERSETUBUHAN KETIKA HAID - MUFTI WP


    - Moga bermanfaat. Jaga diri baik-baik, semua.

    0 Response to "Gejala PMS, Senggugut | Ibadah ketika haid"

    Posting Komentar

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel