Buku Life Goes On - Siti Nordiana (Review)
Buku Life Goes On - Siti Nordiana | Kadangkala kita terlalu melihat sesuatu yang indah hari ini, sehingga tidak terfikir sebelum itu ia telah terlebih dahulu melalui banyak hal-hal duka. Begitulah juga kisahnya mengenai artis seorang ini; Siti Nordiana. Menerusi buku Life Goes On, kita bukan sahaja mengetahui sebahagian perjalanan hidupnya sehingga dapat bertahan selama 18 tahun dalam industri seni, malah kita juga dapat merasakan emosi yang dibawa bersama. Perasaan gembira, terkejut, bangga, sedih dan sayang penulis berjaya mencukupkan rencah sebuah buku (saya pernah baca buku kisah tentang Nana dan Achik juga sebelum ini (2004), namun ternyata perkongsian Nana melalui buku Life Goes On ini kelihatan berbeza; lebih peribadi (dekat), matang dan sarat emosi).
"Tidak mudah untuk mencatatkan kisah, ada seribu emosi yang bermain-main." - m.s. 174
"Kematian membawa kita kepada erti kehilangan. Kematian membuka hati untuk menilai sebuah perhubungan. Sesungguhnya kematian bukan sekadar sebuah tangisan. Di celahnya adalah didikan demi didikan." - Siti Nordiana, Life Goes On
Nana dan Rayyan |
"Matikah kita dengan cacian manusia? Lumpuhkah kita dengan hinaan? Teman, kau hanya perlu bijak mengemudi perasaan." - m.s. 125
- Bab Life Goes On - "Setiap satu yang menyakitkan itu, ada sesuatu yang menanti di depan sana."
- Perginya seorang sahabat (Ya, dia ada cerita tentang arwah Achik)- Demi rayyan (Rayyan, anak lelaki kesayangannya)
- Hampir give up
- Peluang kedua (Tentang Gegar Vaganza)
- Honey (Nana mula aktif berlakon!)
- Jatuh Bangun
"Nak jadi orang berjaya, kenalah rajin berusaha" - Ayah Nana, Encik Alias (m.s. 7)
Antara Quotes (kata-kata menarik) lain dalam buku ini:
"Saya melihat apa yang berlaku bukannya hanya atas usaha saya seorang sahaja."- m.s. 19
"Takdir yang mengecewakan itu tidak pernah sia-sia. Allah hanya mahu kita belajar, pergantungan itu biarlah hanya kepada Dia, bukan kepada manusia." - m.s. 70
"Sehebat mana kau betarung, sejauh mana kau mendayung jika kata-Nya; "kun fayakun", maka siapalah engkau untuk menolak segala yang disusun."- m.s. 79
"Rezeki itu milik Tuhan. Yakin dan percaya dengan usaha, tawakal dan doa. Kau pasti menjemput rezeki daripada-Nya."- m.s. - 105
Buku ini jelas dengan mesej untuk membawa manfaat. Seperti kata Nana baru-baru ini; buku ini adalah sebuah perkongsian pengalaman dan tiba masa untuk beliau memberi semula sesuatu kepada masyarakat (untuk orang yang mahu lebih mengenali beliau terutamanya) selain mahu orang lain juga tidak mudah berputus asa dalam hidup. Insya-Allah.
Akhir kata,"selamat menempuh ujian demi ujian, semoga pengakhirannya satu kebahagiaan." - Honey
Gambar: @mphclick |
Buku Life Goes On - Siti Nordiana boleh dibeli kedai-kedai buku atau secara online di: http://www.mustread.com.my
Instagram: @SitiNordiana
Instagram penerbit buku: @bukumustread
0 Response to "Buku Life Goes On - Siti Nordiana (Review)"
Posting Komentar