Hafizh Syahrin (Moto GP), Khairul Idham Pawi & Adam Norrodin


Hafizh Syahrin (Moto GP), Khairul Idham Pawi (Moto 2) & Adam Norrodin | Malaysia mempunyai ramai pelumba yang handal dan berbakatBerikut adalah senarai 3 pelumba motorsikal Malaysia yang telah melangkah ke kejuaraan dunia dan mencipta nama di persada antarabangsa. Sebelum kemunculan mereka bertiga ini, kita sudah ada Shahrol YuzyZulfahmi Khairuddin, Azlan Shah dan Hafiq Azmi.

[Kesemua gambar dalam artikel ini adalah diambil menerusi instagram pelumba dan juga laman rasmi Perlumbaan seperti di motogp.com dan motorsport.com, lain-lain ada dinyatakan pada caption.]

Hafizh Syahrin

Gambar: @hafizh_syahrin
Mula bersaing di Cub Prix dan Kejohanan Petronas Asia Road Racing. Kemasukan dengan tiket wildcard pada 2012 di Malaysian GP menyaksikan beliau merangkul tempat ketiga keseluruhan (Moto2), yang telah mengorak laluan untuk Hafizh mendapat tempat sepenuh masa bersama pasukan Petronas Raceline Malaysia pada tahun berikutnya. Hafizh yang juga digelar 'Raja Motosikal Poket' telah mencatat kemajuan di dalam perlumbaan setakat ini dengan mengutip mata secara konsisten, dan tahun 2016, menyaksikan persembahan terbaik beliau dengan memenangi tempat keempat di Qatar dan Barcelona. Pada 2017, Hafizh telah memenangi kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Sepanyol. 

Pada Februari 2018 lalu, Hafizh telah dipilih untuk menyertai pasukan Moto GP - Monster Yamaha Tech 3 bergandingan dengan Johann Zarco. Terkini pada 4 November 2018 yang lalu, Hafizh telah mendapat tempat kesepuluh di Litar Sepang. Pencapaian terbaiknya sebelum ini pernah mendapat tempat kesembilan dalam perlumbaan di Argentina dan tempat keempat ketika sesi latihan bebas FP2 di Brno Republik Czech. 

Pada musim hadapan (2019), Hafizh masih bersama pasukan yang sama Red Bull KTM Tech3 Team (cuma jentera saja yang berbeza) bergandingan dengan Miguel Oliveira.



Maksud gelaran pescao Hafizh Syahrin

Perkataan "pescao" mempunyai maksud yang sama dengan perkataan "pescado" dalam Bahasa Sepanyol yang bermaksud "ikan" dalam Bahasa Melayu. Hafizh mendapat gelaran "Si Ikan" sebaik menyertai perlumbaan kategori Moto2 siri CEV di Sepanyol pada 2012. Mula-mula mereka panggil Fizh sebab susah hendak menyebut Ha. Namun apabila melihatkan Hafizh suka hujan (kebetulan musim pertama pada perlumbaan pusingan pertama itu, cuaca hujan), mereka terus memanggil Hafizh sebagai 'fish' / pescao. (Sumber: mstar.com.my)


Biodata Hafizh Syahrin:
Pasukan: Monster Yamaha Tech 3
Motorsikal: Yamaha
Asal: Ampang
Tarikh lahir: 05/May/1994
Berat: 66 kg
Tinggi: 180 cm
Nama Isteri Hafizh Syahrin: Noor Suzana Abdul Manaf (@suzanamnf)

Laman sosial Hafizh Syahrin:
Twitter Hafizh Syahrin: https://twitter.com/hafizh_pescao55?lang=en
Facebook rasmi Hafizh Syahrin: Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao
Instagram Pasukan Hafizh Syahrin: https://www.instagram.com/monsteryamahatech3/

HELMET yang diguna Hafizh Syahrin: 2018 Helmet X-lite X803 Monster Energy Nolangroup Design by MRD Racing Designs HS|55

Antara profile beliau yang lain: 


Jnetera 2018


Jentera 2019 (Sumber)

“If you want something, you gotta work for it; think and plan to get it. Lepak (hang out) less and cut down on the teh tarik sessions. Do stuff that are more productive. There’s always a sacrifice to make to meet your dreams, and don’t race on the streets,” - Hafizh Syahrin 

Khairul Idham Pawi


Selepas mendapat tiket wildcard ke Aragon GP pada tahun 2015, pasukan Honda Team Asia telah menandatangani pelumba Malaysia yang berasal dari Perak ini untuk musim penuh (Moto3) 2016. Keputusan tersebut ternyata tepat kerana setakat ini Khairul telah mencatat dua kemenangan di Argentina dan Jerman dalam keadaan trek basah. Terbukti seorang pakar hujan. Pada 2017, beliau menyertai Moto2 bergandingan bersama pelumba Jepun Tetsuta Nagashima dengan menggunakan jentera Kalex. Khairul Idham Pawi akan menyertai (Moto2) PETRONAS Sepang Racing pada musim depan (2019).

Tangkas di litar basah, sehingga Khairul Idham Pawi digelar SUPERKIP.


Laman sosial Khairul Idham Pawi:
Facebook Khairul Idham Pawi: https://www.facebook.com/sportperson89
Instagram Khairul Idham Pawi: https://www.instagram.com/khairulidham89/
Twitter Khairul Idham Pawi: https://twitter.com/khairulidham89
Twitter pasukan: https://twitter.com/honda_team_asia

Biodata Khairul Idham Pawi:
Pasukan: IDEMITSU Honda Team Asia
Motorsikal: Kalex
Asal: Perak
Tarikh lahir: 20/Sep/1998
Berat: 63 kg
Tinggi: 169 cm

Antara profile beliau yang lain: 
https://www.motorsport.com | http://www.motogp.com | https://www.bookmoto.com




Lain-lain: 

Adam Norrodin


Remaja kelahiran negeri Johor ini telah menggunakan peluang debut 2016 dengan cukup baik bersama Pasukan Drive M7 SIC Racing, mengutip 5 mata daripada sembilan perlumbaan pada tahun ini. Selain dari persembahan musim pertama beliau yang memberangsangkan ini, Adam juga mempunyai banyak pengalaman berlumba di beberapa kategori perlumbaan antarabangsa termasuk FIM CEV Moto3 Championship, Asia Talent Cup, FIM CEV Moto3 Junior World Championship dan Asia Talent Cup pada 2014 dan 2015 berturut-turut. 2016, Adam mula menyertai Moto3 dalam pasukan Drive M7 SIC Racing Team. Pada musim 2018, Adam Norrodin bersama pasukan Petronas Sprinta Racing, mencipta rekod terbaik sewaktu di GP Argentina apabila menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam saingan Moto3.

Pada musim depan (bermula 2019), Adam Norrodin akan menyertai Kejuaraan Remaja di Sepanyol (CEV) Moto 2.


Biodata Adam Norrodin:
Pasukan: Petronas Sprinta Racing
Motorsikal: Honda
Asal: Johor Bahru, Malaysia
Tarikh lahir: 13/Jun/1998
Berat: 58 kg
Tinggi: 169 cm

Laman sosial Adam Norrodin:
Instagram: https://www.instagram.com/adamnorrodin07
Facebook: https://www.facebook.com/adamnorrodin
Twitter: https://twitter.com/adamnorrodin07

Antara profile beliau yang lain: 
http://www.motogp.com | https://www.motorsport.com




Lain-lain: 

Litar Sepang
Litar Sepang, Malaysia. (https://www.sepangcircuit.com

BERITA LAIN:

SEKALI LAGI TAHNIAH DAN MOGA TERUS MAJU JAYA BUAT SEMUANYA! MALAYSIA BOLEH!

0 Response to "Hafizh Syahrin (Moto GP), Khairul Idham Pawi & Adam Norrodin"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel