Ciri sahabat yang baik | Bersahabat kerana Allah hingga ke syurga
Persahabatan yang ikhlas kerana Allah sudah pasti membawa berkat. Antara ciri sahabat sejati adalah memiliki pemikiran yang baik, cinta yang ikhlas, pandai menjaga rahsia serta setia dalam bersahabat. Termasuk ciri Muslim yang soleh untuk dipilih sebagai teman ialah dia tidak iri hati dengan kelebihan temannya, sentiasa rasa bertanggungjawab menjaga kemuliaan sahabatnya daripada dihina atau dicerca.
Ya, penting untuk kita mengusahakan untuk mencari sahabat yang soleh, yang bukan saja baik untuk dirinya malah boleh mengajak orang lain juga berbuat baik.
Persahabatan menurut Buya Hamka
- Persahabatan yang jujur itu adalah salah satu daripada tangga kejayaan.
- Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap menjadi sahabat orang.
- Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu adalah sahabatmu
- Kesenangan hidupmu memperbanyakkan teman tetapi pateri persahabatan yang setia adalah pada waktu menempuh kesukaran
- Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya lantas engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.
- Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang
- Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu, beerti memberi kepada dirimu sendiri
- Pengubat jerih hidup manusia adalah dua. Pertama; iman kepadaAllah SWT. Kedua; percaya kepada sahabat.
- Apabila orang telah berasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat setia yang sanggup membukaka matanya
- Teman yang 'berudang di balik batu' terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan. Perkara yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu.
Adakah kita sendiri sudah menjadi teman sejati?
- Bersangka baik terhadap teman
- Memuji teman di belakang
- Rasa bertanggungjawab menjaga kemuliaan teman
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran". (Terjemahan al-Kahfi 18:28)
6 Kategori Sahabat:
- Yang baik:
- Memahami
- Mendorong
- Menolong
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Terjemahan al-Hujuraat 49:10)
- Jangan jadi seorang sahabat yang:
- Menjatuhkan
- Mengambil kesempatan
- Pentingkan diri
6 cara bersahabat dalam organisasi atau syarikat pula:
Ketepikan pemikiran sempit dan pentingkan diri, bersilaturahimlah demi agama, bangsa dan negara. Biar sama-sama tenang dan dapat bekerja pun dengan senang.
- Hapuskan jurang
- Setia
- Saling memahami
- Muafakat
- Berkerjasama
- Gigih
"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)." (Terjemahan az-Zukhruf 43:67)
Jika ada masalah:
Jika ada masalah perlu: bersangka baik, disconnect to reconnect (Kadangkala kita perlu memutuskan seketika komunikasi secara maya, untuk menyambung kembali komunikasi secara bersemuka).
Elakkan bermusuh. Syaitan suka.
"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia." (Terjemahan al-Israa' 17:53)
- Doakan sahabat selalu, dalam diam juga.
- Bersahabatlah sampai syurga
Doa yang boleh diamalkan untuk mendapat sahabat yang baik:
Jalan setiap orang berbeza. Hidup sementara, jadi jadilah seorang yang bermanfaat kepada orang lain. Sabarlah selalu dan doalah baik-baik. Selamat menghargai sahabat!
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;" (Asy-Syu'araa' 26:83)
Sumber:
- Terjemahan ayat-ayat Quran dalam artikel ini: surah.my
- "Persahabatan Menurut Buya Hamka", Majalah Solusi 118
- "Tip mencari teman sejati", Ustaz Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Solusi 80
- "Kenali Sahabatmu", Norfatiha Binti Othman. Ruangan Gen-Q, Solusi 73
- "6 Cara bersahabat dalam organisasi" Ruangan Ulfah: Hj. Zainuddin Ali, Solusi 92
- "Membina semula nilai persahabatan", Azrul Azlan, Ruangan Zikir Fikir - Majalah Solusi 118
Baginda bersabda bermaksud, "Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya, hendaklah dia memberitahu bahawa dia menyayanginya." (Riwayat Abu Dawud)
BACAAN LAIN: Kita Bersahabat Kerana Allah
0 Response to " Ciri sahabat yang baik | Bersahabat kerana Allah hingga ke syurga"
Posting Komentar