Lirik lagu Dinda - Kugiran Masdo


Kanda setia orangnya... ~ Tiba-tiba sahaja lagu Dinda nyanyian @aininahasnul dan @Ali.Sariah (penyanyi Masdo) yang dikongsi di instagram Ainina menjadi tular (viral) di media sosial. Lagu Dinda yang mula diperdengarkan ketika konsert Hujan X Masdo pada 6 Oktober 2018 lalu kini telah banyak dinyanyikan semula (cover), malah ada yang nyanyikan versi Kanda pula.
Lirik Dinda - Kugiran Masdo

Apa khabar dinda
Lama tak jumpa
Rasanya hampir dua purnama
Rindu di dada tak siapa yang tahu

Dinda jauh di sana
Jauh di mata namun di hati sentiasa ada
Menemani di kala gundah gulana

Dinda kanda pergi hanya seketika cuma
Inikan semua demi masa depan kita

Dinda jangan marah-marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua

Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan

Dinda kanda pergi hanya seketika cuma
Inikan semua demi masa depan kita

Dinda jangan marah-marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua

Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan




Sumber lirik: Youtube Aiman Azani

Dari kiri: Mawi, Ali, PutuCeri dan Ambobzeela.
Masdo adalah sebuah band yang memainkan musik Pop berasaskan musik 60-an dan digubah mengikut citarasa masa kini. Ditubuhkan awal tahun 2015. MASDO! dianggotai oleh 4 orang iaitu, AliSariah (vokal/gitar), Azham Ahmad @ Ambobzeela (drummer), PutuCeri (bass/bv) dan Mawi (gitar). Sebelum ini, kugiran ini lebih dikenali dengan nama The Lipstik. Tetapi selepas rombakan ahli kumpulan, AliSariah sebagai ahli utama dalam band The Lipstik telah membuat keputusan untuk menukarkan nama The Lipstik kepada MASDO! (Diinspirasikan daripada filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu filem Do Re Mi). Geng Pak Maon dan Geng Bentara Guru pula adalah gelaran untuk peminat lelaki dan perempuan yang menyokong juga rajin turun 'kenduri' (persembahan) Masdo.

Gambar-gambar diambil daripada: Instagram Kugiran Masdo: @kugiranmasdo

Laman sosial lain:
Twitter Kugiran Masdo: @kugiranmasdo
Facebook Kugiran Masdo: Kugiran Masdo
Youtube Kugiran Masdo: Kugiran Masdo

Antara cover lagu Dinda yang menarik oleh Shahida Supian:



0 Response to "Lirik lagu Dinda - Kugiran Masdo"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel