Senarai aplikasi edit gambar (kartun / bergerak) di telefon (android & IOS)
Banyak sebenarnya aplikasi edit gambar menarik (bergerak / kartun) di telefon (android & IOS) ini. Jika secara teknikal, kita mengenali aplikasi untuk editing / mencantikkan gambar seperti VSCO, Snapseed, Adobe Photoshop Express, Photoshop Lightroom CC. Ya aplikasi tersebut digunakan ramai jurugambar, pereka grafik mahupun pengguna laman sosial seperti instagram. Namun kali ini saya senaraikan aplikasi membuat gambar yang menjadi pilihan untuk buat wajah sendiri menjadi doodle, avatar, karikatur (kartun) yang sesuai dijadikan gambar profile serta beberapa senarai aplikasi untuk edit gambar bercakap dan bergerak (cinemagraph).
Cinemagraphs are still photographs in which a minor and repeated movement occurs, forming a video clip. (Sumber: wikipedia.org)
Gambar yang digunakan untuk sebahagian aplikasi dalam artikel ini: https://pixabay.com |
Aplikasi edit gambar menjadi kartun / avatar
Aplikasi PicsArt Photo Studio: Collage Maker & Pic Editor ini bukan sahaja dapat buat gambar bercorak dan ada nama seperti tutorial saya kongsikan sebelum ini (Tutorial PicsArt & Focus N Filter (edit gambar & nama)), namun boleh juga digunakan untuk teknik double exposure, dispersion, photo manipulation, membuang latar belakang gambar serta banyak lagi kelebihan lain. Untuk dapatkan gambar ada kesan khas berwarna atau ala-ala lukisan boleh ke Effects dan pilih Magic. PicsArt sangat sesuai untuk buat profile photo yang cantik mahupun logo! Tutorial lain: picsart.
Aplikasi Meitu – Beauty Cam, Easy Photo Editor ini comel! Bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat gambar asal seakan lukisan dengan pelbagai warna dan tema, malahan boleh juga digunakan untuk buat avatar yang statik atau animasi bergambar (seperti di bawah). Rugi jika tak cuba! Maksimumkanlah penggunaan tool Tech Magic.
Aplikasi MomentCam Cartoons & Stickers ini memang akan jadikan muka kita sebagai karikatur (kartun) ala-ala watak komik tapi yang lebih menarik adalah kita boleh lakukan pengubahsuaian pada penampilan lain seperti rambut, latar belakang dan sebagainya. Bukan gambar selfie sahaja, gambar sedia ada juga boleh digunakan.
Tadaa! Siapa yang mahukan gambar avatar yang ala-ala wajah sendiri (siap boleh buat sticker), Your Personal Avatar Maker | Zmoji tidak mengecewakan, didatangkan dengan pelbagai pilihan rupa dan gaya, aplikasi ini menarik juga untuk digunakan. Antara pilihan lain seumpamanya adalah seperti aplikasi Boomoji dan MojiPop.
Ini comel. Lebih kurang Zmoji. Avatar Bitmoji – Your Personal Emoji ini membolehkan gambar kita tampilkan dengan pelbagai gaya menarik.
Haa. Ini lain daripada yang lain, selain ada tool untuk mencantikkan watak dalam gambar, ada pilihan dalam Craze ex-face, kita boleh letakkan wajah kita dalam gaya dan gambar yang disediakan. Untuk lebih kreatif mahupun berangan, boleh saja. Watak dalam gambar di bawah adalah watak kanak-kanak dalam gambar berbaju hijau di atas.
7. TheBabe Avatar Maker [Android]
Aplikasi ini sangat menarik perhatian kerana disediakan juga tudung. Juga disertakan banyak pilihan gaya lagi. Untuk yang mahu nampak lebih style, aplikasi ini mungkin sesuai untuk anda.
Yang ini pun sangat comel! Ala-ala watak Anime. Ada perisian untuk perempuan (Unnie doll) dan lelaki (Oppa doll). Boleh pilih dan letak aksesori pada doodle face avatar anda! Menarik benar untuk dicuba ya. Boleh terus buat gambar profile. Kecomelan tiada batas umur!
BeautyPlus [Android ||| IOS ]
BeautyPlus - Easy Photo Editor & Selfie Camera ini sesuai untuk mencantikkan gambar selfie. Sesuai untuk yang suka ambil gambar sendiri.
Aplikasi Gambar Bercakap
Menarik betul, apabila kita dapat buat gambar statik bercakap. Mulut bergerak dan bersuara, walaupun gambar asalnya statik. Di bawah ini saya senaraikan antara aplikasi untuk edit gambar asalnya statik jadi bercakap.
1. Talking Photos [Android || IOS ]
Selalu orang guna Talking Photos ini untuk buat wajah orang di duit bercakap selain wajah sendiri atau orang dikenali.Ikut kreativiti.
2. Animoji [ IOS ]
Aplikasi Animoji ini melibatkan gambar selfie yang ikut macam kita juga pergerakannya. Ya, emoji animasilah kiranya.
Bacaan lain: How to get Animoji on any iPhone
3. MSQRD [Android ||| IOS ]
Ini juga video asalnya, untuk ubah (swap) wajah ya kebanyakan gambar haiwan yang mungkin bagi kanak-kanak sedikit menakutkan.
Aplikasi Gambar Bergerak
Ya, ini juga dipanggil cinemagraph atau dalam erti kata lain gambar pegun yang ada pergerakan di dalamnya. Mungkin anda pernah lihat gambar orang berdiri di tepi sungai / air terjun. Orangnya statik serta pegun, namun air terjun / sungainya mengalir laju di belakang. Ya, mungkin beliau guna teknik ini! Di bawah ini saya senaraikan antara aplikasi untuk edit gambar statik jadi bergerak.
Tutorial Motion Stills: https://www.youtube.com/watch?v=lqeNBm88EEY
Sumber lain:
- 10 iOS apps that make your pictures talk
- 8 iOS & Android Apps to Create Cinemagraph
0 Response to "Senarai aplikasi edit gambar (kartun / bergerak) di telefon (android & IOS)"
Posting Komentar